Skip Navigation

FAQ

PowerBatin adalah pemborong, pengedar dan penjual produk-produk kesihatan lelaki dan wanita. Anda boleh melihat senarai produk kami di menu di sebelah kiri anda dan klik saja pada nama produk yang anda minat.

Kami di PowerBatin menawarkan servis yang cepat, cekap dan sulit. Semua pesanan anda adalah dirahsiakan. Tiada siapa yang tahu produk apa yang anda pesan kerana produk dibungkus rapi dan kemudian dibalut dengan plastic legap.

SOALAN-SOALAN LAZIM BERKENAAN POWERBATIN.COM


Soalan: Saya pernah kena tipu dengan peniaga online sebelum ni, jadi boleh percaya ke dengan Powerbatin.com?

Jawapan:
PowerBatin bukanlah anak kecil dalam bidang perniagaan online. Kami telah lama berniaga online. Kami bukan seperti kedai-kedai online lain yang tumbuh seperti cendawan dan kemudian hilang tanpa berita. Anda perlu yakin dan percaya dengan KAMI kerana :

1. PowerBatin adalah hak milik NZAS Enterprise yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah nombor pendaftaran KT0238670-T.
2. PowerBatin mempunyai akaun berdaftar dengan Pos Laju. Ini no akaun kami 8800264066. Anda boleh hubungi Pos Laju dan tanya pada mereka siapa pemilik akaun ini.
3. PowerBatin merupakan pemborong, stokis dan pengedar berdaftar bagi produk-produk kesihatan lelaki dan wanita yang kami jual.

Anda juga boleh buat search di http://whois.domaintools.com/ untuk mengetahui siapa pemilik laman web. Taipkan www.powerbatin.com pada bahagian "Search Whois Records". Nama laman web ibarat nama kedai di internet. Hanya orang yang benar-benar berniaga di internet akan register website atas nama sendiri.

Soalan: Berapa lama produk yang saya pesan akan sampai?

Jawapan:
Kami menggunakan PosLaju dalam urusan penghantaran produk. Untuk semenanjung Malaysia, kebiasaanya anda akan menerima produk anda dalam masa 1-2 hari bekerja dan bagi Sabah/Sarawak antara 1-3 hari bekerja. Ini semua bergantung pada lokasi anda. Jika anda tinggal di bandar-bandar besar yang mempunyai pusat PosLaju, biasanya sehari anda sudah dapat produk anda.

Jika anda tidak menerima produk anda selepas 5 hari, sila hubungi 017-2449471 atau 019-3349471. Kami akan cuba bantu anda. Setakat ini, belum ada produk yang tidak sampai kepada pembeli.

Soalan: Saya kerja, jadi boleh ke hantar ke pejabat?

Jawapan:
Kami amat galakkan kepada mereka yang bekerja agar produk yang anda pesan dipos ke pejabat anda. Anda akan dapat produk tersebut ke tangan anda. Tiada sesiapa akan mengetahui isi kandungannya kerana produk dibungkus sulit serta langsung tiada nama produk tertera pada bungkusan.

Soalan: Takpe ke? Saya ni pemalu. Saya takut kawan pejabat/rumah tahu apa yang saya beli.

Jawapan:
Usah risau. Kami telah menjalankan perniagaan intenet hampir 3 tahun. Setiap produk akan dibungkus kemas dan mustahil untuk kawan-kawan tahu apa yang anda beli kecualilah anda sendiri yang tunjukkan pada mereka. Pos Laju akan hantar bungkusan ke tangan anda.

Jika anda tiada dirumah, mereka takkan sama sekali letak bungkusan dalam peti surat anda. Pos Laju akan meminta tandatangan anda selepas bungkusan diserahkan pada anda.

Jadi anda tidak perlu risau. Pesanan anda pasti sampai. Setiap bungkusan yang dihantar mempunyai nombor tracking PosLaju, jadi anda dapat menjejak di mana bungkusan tersebut berada. Anda boleh menyemak nombor tracking di www.poslaju.com.my atau hubungi PosLaju Careline di talian: 1300-300-300 bagi mengetahui di mana bungkusan tersebut berada.

Setakat ini, belum ada produk yang tidak sampai kepada pembeli. Jika ditakdirkan hilang sekali pun, kami akan cari dan gantikan untuk anda.

Soalan: Boleh terangkan secara ringkas macam mana nak order?

Jawapan:
Anda boleh membuat order melalui online, email atau sms. Sila klik link ini untuk mengetahui cara membeli:
http://www.powerbatin.com/?p=p_20&sName=How-To-Buy

Soalan: Bagaimanakah cara membuat pembayaran?

Jawapan:
Sila klik link ini untuk mengetahui cara membeli:
http://www.powerbatin.com/?p=p_14&sName=Payment

Harga produk yang tertera adalah belum termasuk kos PosLaju. Tambahkan kos Poslaju RM6.00 bagi Semenanjung atau RM8.00 bagi Sabah/Sarawak. Jika anda membeli lebih dari 1 produk, anda cuma perlu bayar sekali sahaja utk kos penghantaran.

Soalan: Saya kini berada di luar Malaysia. Bagaimanakah cara untuk membeli?

Jawapan:
Bagi anda yang berada di luar Malaysia, anda digalakkan untuk email kami di nzasenterprise@gmail.com sebelum membuat pembelian. Ini kerana, kami perlu memaklumkan kepada anda jumlah kos penghantaran ke negara anda.

Bagi pembeli dari luar Malaysia, anda boleh membuat pembayaran melalui PayPal, Moneygram atau Western Union.